Friday, January 30, 2009

Sila semak bil air anda..

Operasi Potong Bekalan Air Di Selangor

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengadakan operasi besar-besaran pemotongan bekalan air bagi bil tertunggak di Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor, mulai 2 Feb hingga 28 Feb ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som berkata kawasan yang terlibat di Hulu Langat ialah Batu 9 hingga Batu 21 Jalan Langat (Kampung Melaka, Kampung Sungai Raya, Dusun Tua, Kampung Sungai Tekali, Kampung Sungai Lui, Kampung Jawa, Kampung Padang), Taman Kota Cheras, Taman Sri Cheras Jaya, Taman Damai Jaya, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Koop Maju Jaya.

"Ia turut melibatkan seluruh kawasan Semenyih dan Beranang, Taman Desa Mewah, Bandar Sunway Semenyih, Taman Paling Jaya, PKNS Batu 1, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Sri Putra," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Abdul Halem berkata kawasan lain ialah Sungai Ramal Luar dan Dalam, seluruh kawasan Sungai Chua, Bandar Baru Bangi, kawasan perumahan di Jalan Reko, Sungai Tangkas, Taman Kajang Mewah, Taman Sepakat Indah, Country Heights dan Hentian Kajang.

Turut termasuk dalam operasi itu ialah seluruh kawasan Balakong, Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Batu 11 hingga 14 Jalan Cheras (kampung Sekamat, Sungai Balak, Sungai Kantan), Taman Rakan, Taman Cuepacs, Taman Kasturi, Taman Desa Serdang, Taman Sungai Besi Indah dan Taman Bukit Belimbing.

Abdul Halem berkata operasi pemotongan di wilayah Gombak pula membabitkan Rawang, Country Homes, dan Tasik Puteri, manakala di Hulu Selangor ialah Serendah, Sungai Buaya, Batang Kali, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung, Sungai Choh, Kuala Kubu Baharu dan Hulu Bernam.

"Orang ramai dinasihat membuat pembayaran bil air dengan kadar segera," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment