Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa PPS5 Bil.3 Sesi 2008/2009


Beberapa perkara dan agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PPS5 kali ke 3 pada 16-01-2009.


1. Untuk makluman Ust. Mokhtar Hussain telah meletakkan jawatan AJK PPS5 2008/2009, Kekosongan jawatan beliau akan diggantikan melalui perlantikan yang akan dibuat pada mesyuarat akan datang. PPS5 mengalu-alukan kepada yang berminat untuk mengisi kekosongan tersebut.


2. Beberapa kejadian jenayah sedang menular di Seksyen 5 antaranya kecurian kenderaan, PPS5 melalui Biro keselamatan sedang giat menjalankan program rondaan malam, buat ketika ini penyertaan dibuka secara sukarela kepada mereka yang mempunyai kelapangan masa.

Rondaan dijalankan hanya pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

Disamping itu, Biro keselamatan sedang mengerakkan kempen pemilikan walkie talkie dan ketika ini hampir 20 buah telah digunakan oleh warga sek 5 , pengunaannya diharap dapat membantu penyebaran maklumat dengan pantas selain dapat menjimatkan kos.

Untuk keterangan lanjut hubungi Pengerusi Biro Sdr Mohd Shah Ibrahim (012-2952755).


3. Biro Pendidikan & HELWA dalam usaha mewujudkan kumpulan kompang dikalangan anak-anak warga Sek 5 dan menggalakkan penyertaan anak-anak warga sek 5. Hubungi Ustz. Lasminah (013-2618446) untuk butiran lanjut.


4. PPS5 melalui Biro Pengurusan & Perhubungan Awam sedang menjalankan kempen kutipan yuran ahli dan pendaftaran ahli baru. Sila hubungi Sdr Zulkifli Ambak (012-3768723). Selain itu, Borang aduan/cadangan juga diedarkan untuk kemudahan ahli-ahli PPS5.


5. Bagi yang berminat, Biro Sukan & Rekreasi (Sdr Noor Hisam Mudin Sakur - 012-3647548) telah mewujudkan pasukan badminton Sek 5, gelanggang akan dibuka setiap malam minggu.

antara lain aktiviti yang telah dirancang adalah permainan Futsal dan mengadakan sukaneka yang akan dimaklumkan kelak.


6. PPS5 dalam masa terdekat akan menjalankan program Gotong Royong (Kempen pencegahan Denggi).


Untuk pengetahuan, PPS5 telah merangka dan menyusun berbagai-bagai aktiviti dan program untuk masyarakat setempat, namun atas faktor kekangan kewangan program ini terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimanapun, PPS5 melalui Pengerusi En. Mamat Endut serta barisan jawatankuasa sentiasa berusaha untuk merealisasikan apa jua perancangan yang telah dirancangkan. PPS5 amat berharap agar semua ahli dapat memberi sokongan terhadap usaha yang akan dilakukan. PPS5 sentiasa bersikap terbuka untuk menerima apa jua cadangan/pandangan bagi menjadikan PPS5 sentiasa memberi impak positif dan berkualiti terhadap masyarakat Sek 5 khasnya dan Bkt Mahkota amnya.


sekian,

No comments:

Post a Comment