Sunday, January 18, 2009

Perancangan aktiviti mahkota5 2009...

Sudah hampir 2 minggu kita berada pada tahun 2009.Pastinya ada dikalangan ahli yang bertanya-tanya apakah program terkini yang akan dijalankan oleh persatuan penduduk sek5 (mahkota5) ?. Jawapannya telah pun ada setelah jawatankuasa mahkota5 sesi2008~2009 bermesyuarat pada 16/1/2008 di surau ar-raudah yang dipengerusi oleh sdr mamat endut.Berikut adalah beberapa keputusan mesyuarat berkaitan program yang dirancang untuk dilaksanakan bagi sesi 2009 iaitu:
1) Mengiatkan kempen pendaftaran ahli mahkota5. Setakat ini, keahlian mahkota5 telah pun mencecah 200 keahlian. Namun begitu, peratusan keahlian berbanding dengan jumlah warga mahkota masih sederhana iaitu sekitar 30% sahaja.
Biro yang bertanggungjawab adalah biro pengurusan & perhubungan awam.
Sebagai langkah awal, bunner kempen daftar ahli telah pun dipasang di pintu masuk surau ar-raudah.Pendaftaran ahli baru yang diluluskan akan dikenakan kadar yuran daftar sebanyak RM5.


2) Menambah dana persatuan menerusi kutipan yuran bulanan keahlian. Surat perkeliling berkaitan kutipan yuran akan diserahkan kepada ahli-ahli mahkota selewat-lewatnya 30/1/2009. Pembayaran yuran boleh dilakukan kepada wakil-wakil mahkota5 yang dilantik. Kadar yuran bulanan adalah sebanyak RM2 sebulan /RM24 setahun.

3) Menggerakkan aktiviti mahkota5 yang dirancang sepanjang 2009 sepertimana diputuskan didalam mesyuarat Jawatankuasa Mahkota5.
a) Perjumpaan dengan pemaju mahkota5, Araprop & juga pihak ahli majlis MPKJ
akan diusahakan oleh Biro Jawatankuasa Tindakan Khas yang dipengerusi sendiri oleh sdr pengerusi.

b) Penerbitan Buletin mahkota5 (edisi cetak) sekurang-kurang 2x setahun yang akan diterbitkan oleh Biro Perhubungan Awam mahkota5.

c) Pencarian pelajar-pelajar cemerlang mahkota5 bagi UPSR,PMR & SPM oleh Biro Pendidikan & HELWA mahkota5. Insya-allah, akan diadakan satu program bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut.Disamping itu, Biro Pendidikan &HELWA juga akan meneruskan program bacaan Yassin dari rumah ke rumah . Aktiviti seterusnya adalah mengaktifkan semula kumpulan kompang remaja yang mana yuran RM20 dikenakan bagi keahlian kumpulan kompang tersebut.

d) Program Sukaneka/Sukan Rakyat & pencarian bakat remaja didalam sukan badminton, futsal & bolasepak tengah diusahakan oleh Biro Sukan& Rekreasi.Makluman program akan dimaklumkan kelak.

e) Gotong-Royong Mahkota5 & Kempen kesedaran wabak Denggi akan diadakan dalam masa terdekat.Makluman program akan dimaklumkan kemudian.Insya-Allah.

f) Meningkatkan kawalan keselamatan persekitaran terutamanya yang ada hubungkait dengan masalah warga asing & kejadian kecurian serta masalah sosial. Program ini akan diusahakan oleh biro keselamatan & kebajikan mahkota5.

g) Mengusahakan agar penglibatan aktif jawatankuasa mahkota5 didalam permuafakatan gabungan persatuan penduduk bandar bukit mahkota yang terdiri daripada sek1(banyan close), sek2&3 , sek4 & sek6.
Buat masa ini, Gabungan Persatuan Penduduk Bdr Bukit Mahkota hanya mempunyai jawatankuasa bertindak pembinaan masjid bdr bukit mahkota yang dipengerusikan oleh Hj Ahmad Khair Omar. Setakat ini, perkembangan pembinaan masjid tersebut telah pun mendapat surat kelulusan perwartaan masjid bdr bukit mahkota daripada YAB Menter Besar Selangor.
Sekian untuk makluman semua. Kerjasama semua diharapkan bagi menjayakan segala aktiviti dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Mahkota5.
Salam hormat.
Yang menjalankan amanah,
…………………………………………
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam.
Persatuan Penduduk Sek5 Bdr Bkt Mahkota sesi 2008/2009.

Tarikh : 17/1/2009.

No comments:

Post a Comment